Disclaimer

Penafian – Disclaimer

Semua maklumat yang terkandung dalam blog ini bertujuan untuk mendidik, memberi maklumat umum dan berkongsi pengalaman semata-mata.

Saya adalah Wellness Advisor dan bukan seorang doktor jadi segala cadangan penggunaan produk sebagai usaha melengkapi ketidakcukupan vitamin dan mineral dalam badan TIDAK BOLEH dianggap sebagai diagnosis atau preskripsi perubatan bagi merawat, menyembuh atau mencegah penyakit.

Tiada siapa pada bila-bila masa boleh menggunakan maklumat dalam blog ini untuk diagnos-sendiri, rawatan atau dijadikan alasan kukuh dalam menerima atau menolak sebarang terapi perubatan untuk sebarang masalah kesihatan dan penyakit.

Sebarang penggunaan nasihat seperti dinyatakan adalah atas tanggungjawab dan risiko pelawat blog. Oleh itu, mana-mana individu yang mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat, mestilah merujuk kepada doktor peribadi atau pengamal kesihatan sebelum memulakan program pemakanan tambahan.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada sesiapa atau entiti sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang berpunca atas dakwaan menyebabkan secara terus atau tidak oleh maklumat yang terkandung dalam blog ini.

Pengalaman benar pengguna atau testimonial keberkesanan produk mungkin disertakan tetapi ini tidak bermakna pelawat blog juga akan mengalami kesan yang sama. Ini kerana tindak balas produk berbeza antara setiap orang dan bergantung kepada gaya hidup, konsistensi pengambilan dan kewujudan penyakit sedia ada. Kisah yang dipaparkan tidak bermaksud untuk digunakan sebagai diagnos untuk rawatan penyakit dan kecederaan.

Segala kandungan dalam blog ini bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Kami sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan kami.

Sebarang penglibatan mana-mana individu, tempat atau organisasi adalah tanpa niat.