Majlis Pelancaran Qaseh Gold | Pelancaran Gojes by Qaseh Gold Pada 13 Jun 2015

Gorgeous disebut ˈɡôrjəs/ dalam Bahasa Inggeris bermaksud cantik, menarik. Kita sebut GOJES lah senang. Anda mahu jadi gojes? Sudah tentu semua orang mahu jadi gojes!

Kini anda boleh jadi gojes dengan mengamalkan GOJES by Qaseh Gold.

Ustaz Haslin Baharim iaitu Duta Qaseh Gold berkata, “you are GOJES when you eat GOJES”. Tepat sekali.

Qaseh Gold GOJES adalah satu produk bermutu tinggi terbaru keluaran syarikat Ana Edar Sdn Bhd istimewa untuk golongan wanita yang mahu cantik gojes dalam dan luar. Kini anda boleh nikmati khasiat GOJES by Qaseh Gold ini bagi memelihara kecantikan diri anda.

Qaseh Gold GOJES telah dilancarkan pada 13 Jun 2015 di Dewan Utama, Kampung Pengantin, Kuala Lumpur bermula pada pukul 8.30 malam dengan Kak Bad, DJ Radio Sinar.fm sebagai pengacara majlis. Warna lembut merah jambu iaitu warna rasmi Qaseh GOJES dipilih sebagai warna tema majlis.

Seramai hampir 500 orang yang gojes menjadi tetamu istimewa pada majlis pelancaran GOJES by Qaseh Gold ini. Encik Luqman Othman, CEO Ana Edar Sdn Bhd menyampaikan ucapan alu-aluan sebagai pembuka tirai majlis yang serba gojes ini.

Encik Luqman Othman meneruskan legasi keluarganya menerajui Ana Edar Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 32 tahun yang lalu. Beliau menyampaikan pesan kepada semua rakan niaga Ana Edar bahawa menjadi rakan niaga tidak bermakna hanya mengamalkan dan menjual, tetapi harus mempunyai ilmu berkaitan produk yang diamalkan dan dijual tersebut.

Ilmu produk perlu dikuasai sebelum kita dapat berkongsi tentang kebaikan produk dengan yakin.

Ana Edar Sdn Bhd sentiasa menekankan aspek halal, suci, bersih dan berkat di dalam satiap produk yang dihasilkan. Wujudnya BARAKAH PRACTICE yang diamalkan sehingga sekarang adalah berdasarkan faktor-faktor ini. Ujar Encik Luqman lagi, tanpa ilmu, mungkin keuntungan boleh diperolehi, tetapi keberkatan sukar didapati.

Qaseh Gold GOJES adalah ilham oleh Puan Hasniza, Selaku Pengarah Eksekutif & Konsultan Kesihatan Ana Edar bagi mewujudkan produk kecantikan dan kesihatan yang halal lagi suci pada syarak.

Qaseh GOJES diformulasikan dengan kolagen marin, bunga teratai, ceri, argan, bunga sakura, dan astaxanthin. Formulasi ramuan Sunnah Qaseh GOJES menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan secara selamat dan semulajadi.

Apakah maksud cantik atau gojes yang sebenarnya?

Menurut Ustaz Haslin Baharim:

Cantik itu wajib! Cantik itu dituntut dalam Islam. Allah suka kepada kecantikan. Dari sudut hubungan kekeluargaan, kecantikan seorang isteri akan lebih menyerikan rumah tangga. Ibu adalah role model dalam keluarga. Cantik dan kemas seorang ibu akan ditiru oleh anak-anak dan juga suami tanpa disedari.

Walaubagaimanapun, biar cantik itu kerana Allah. Biar cantik itu untuk Allah. Harmoninya sesebuah rumah tangga akan mengundang redha Allah. Biar cantik itu mengundang keberkatan dari Allah.

Menurut Ustazah Isfadiah:

Hadis Nabi menceritakan 4 penghulu wanita di dunia iaitu Maryam binti Imran, Asiyah binti Muza, Khajidah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad. Keempat-empat tokoh ini diuji oleh Allah Taala dengan ujian yang luar biasa hebatnya.

Beliau menyimpulkan terdapat beberapa persamaan yang boleh diambil iktibar daripada sejarah hidup mereka ini.

  1. Iman yang ‘kelas’
  2. Jiwa yang tidak mudah terpengaruh
  3. Tawakal yang sangat ‘gojes’.
  4. Ketabahan di tahap ‘gaban’.

Kecantikan dalaman mereka membolehkan iman dan jiwa mereka sentiasa yakin dan percaya serta berpegang teguh dengan janji Allah. Inilah konsep kecantikan dalaman yang difokuskan selaras dengan kecantikan luaran. Tambah beliau lagi, apabila dalaman cantik, maka yang terserlah pada zahirnya juga kan cantik.

Menurut Puan Hasniza:

Cantik yang diinspirasikan oleh Qaseh GOJES ialah cantik luaran dan cantik dalaman. Dari aspek luaran, GOJES by Qaseh Gold berfungsi untuk menyihatkan organ terbesar pada tubuh badan kita iaitu KULIT. Kulit yang sihat akan mencantikkan penampilan seseorang.

Kulit seperti juga bahagian tubuh badan kita yang lain adalah amanah dari Allah yang wajib dijaga sebaiknya untuk memberi manfaat yang sebaiknya. Rumusan Qaseh Gold GOJES yang diformulasikan daripada bahan semulajadi dapat membantu fungsi organ-organ dalaman untuk bekerja dengan lebih efisyen.

GOJES by Qaseh Gold adalah rahsia untuk anda sihat dan cantik!

Majlis pelancaran Qaseh Gold GOJES yang sememangnya gojes ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Daqmi yang mempersembahkan alunan lagu-lagu islamik secara live unplug semasa hadirin menjamu selera. Daqmi ialah pemenang anugerah Nasyid IKIMfm pada tahun 2014 yang lalu.

“you are GOJES when you eat GOJES” – Ustaz Haslin Baharim, Duta Qaseh Gold.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *