Nasyeed Cover Song | Promosi Daqmie Bersama Qaseh Gold di Selamat Pagi Malaysia

Nasyeed Cover Song 2015 adalah pertandingan nasyid yang telah menarik perhatian ramai pihak termasuk dari luar negara atas penawaran hadiah yang cukup lumayan. Sehingga hari ini, pertandingan yang melibatkan 5 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura ini telah menerima bilangan penyertaan yang tinggi dari kesemua negara terbabit.

Qaseh Gold adalah penaja hadiah utama pertandingan Nasyeed Cover Song 2015 telah menggandakan jumlah wang hadiah utama daripada USD 3,000 kepada USD 6,000 (RM22,000).

Daqmie yang merupakan Pengarah Bersama Nasyeed Cover Song 2015 bersama Puan Hasniza Hassan dari Ana Edar telah muncul di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 22 Mei 2015 bagi mempromosikan Nasyeed Cover Song tajaan Qaseh Gold.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *