Qaseh Gold Adinda

RM78.00

Qaseh Gold Adinda merupakan sejenis produk minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai makanan sunnah. Ramuan-ramuan tersebut adalah seperti KURMA, MADU, HABBATUS SAUDA’, BUAH TIN, ZAITUN, DELIMA dan AIR ZAM-ZAM. Qaseh Gold Adinda turut diperkaya dengan kehebatan GAM ARAB (MANNA) sebagai pre-biotic semulajadi. Produk ini juga turut mengandungi herba tradisional seperti ZA’FARAN, GINGKO dan SIREH.

Qaseh Gold Adinda diserikan dengan herba PASSIFLORA, PEGAGA dan MANJAKANI. Ramuan-ramuan ini ternyata mempunyai khasiat tersendiri dan selalu digunakan dalam perubatan tradisional.

100 in stock

SKU: QGA Category:

Description

KEKALKAN KESIHATAN DENGAN QASEH GOLD ADINDA

Qaseh Gold Adinda merupakan sejenis produk minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai makanan sunnah. Ramuan-ramuan tersebut adalah seperti KURMA, MADU, HABBATUS SAUDA’, BUAH TIN, ZAITUN, DELIMA dan AIR ZAM-ZAM. Qaseh Gold Adinda turut diperkaya dengan kehebatan GAM ARAB (MANNA) sebagai pre-biotic semulajadi. Produk ini juga turut mengandungi herba tradisional seperti ZA’FARAN, GINGKO dan SIREH.

Qaseh Gold Adinda diserikan dengan herba PASSIFLORA, PEGAGA dan MANJAKANI. Ramuan-ramuan ini ternyata mempunyai khasiat tersendiri dan selalu digunakan dalam perubatan tradisional.

Kandungan Herba Deskripsi Umum
Kurma

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

Madu

Dalam surah Al-Nahlu ayat 69 ALLAH telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong system tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & menguatkan tenaga! Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan system imun.

Habbatus Sauda’

Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadisyang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan Habbatus Sauda’ sebagai penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati. Kajian menunjukkan habbatus sauda’ berupaya meningkatkan system imun & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti bakteria, anti histamine, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronchitis, eczema, alahan & batuk.

Buah Tiin

Buah yang enak ini dipilih oleh ALLAH untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak! Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan system ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsangkuasa otak.

Zaitun

Minyak zaitun cukup popular di Negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik! Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

Delima

Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan ‘merah bak delima merekah’! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancer ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

Air Zam-Zam

Air yang penuh dengan keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat meningkatkan system imun tubuh.

Gam Arab (Manna)

Juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut. Merupakan prebiotic semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

Za’faran

Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan! Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.

Gingko

Gingko biloba terkenal sebagai ‘herba minda’! Kajian menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda & menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan flavonoid & terpenoid yang melindungi saraf, oto, jantung, pembuluh darah & retina mata.

Sireh

Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal. Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.

 


Qaseh Gold Adinda

QASEH GOLD ADINDA: DISERIKAN DENGAN MARKISA, PEGAGA DAN MANJAKANI

Kandungan Herba Deskripsi Umum
Markisa

Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit. Buah markisa mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.

Pegaga

Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manfaat kesihatan! Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & imsomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mencergaskan tubuh.

Manjakani

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, anti oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

 

Qaseh Gold Adinda


Additional information

Weight 0.95 kg