Qaseh Gold Junior

RM66.00

Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan “Halalan Thoyyiban” iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA.

99 in stock

Description

QASEH GOLD JUNIOR: MEMBINA GENERASI YANG CEMERLANG

Membina generasi yang cemerlang fizikal, intelektual, dan spiritual bermula dengan pemakanan yang halal dan baik. Qaseh Gold Junior; sejenis formulasi makanan sunnah unggul dengan tambahan Badam dan Bayam – menggabungkan 15 ramuan unik untuk membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran dan sistem imun tubuh yang lebih kuat. Gabungan unik 15 ramuan ini adalah Kurma, Madu, Kismis, Delima, Minyak Zaiton, Gingko, Tiin, Badam, Garam Bukit, Habbatus Sauda’, Bayam, Air Zam Zam, Za’faran, Gam Arab dan Pegaga.

Qaseh Gold Junior membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran dan sistem imun tubuh yang lebih kuat.


Stokis Qaseh Gold Junior

MENGAPA ANAK-ANAK KITA PERLU AMALKAN QASEH GOLD JUNIOR SEBAGAI ASAS KESIHATAN YANG LEBIH BAIK?

Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan “Halalan Thoyyiban” iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA.

4 KELEBIHAN UTAMA KENAPA PERLU BERIKAN QASEH GOLD JUNIOR KEPADA ANAK

1. TENAGA & MINDA
Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka. Selain daripada madu dan kurma, Qaseh Gold Junior turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam, za’faran, gingko, air zam-zam, delima dan habbatus sauda’.
3. SERAT
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Pada masa yang sama mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Gabungan makanan sunnah & makanan terpilih yang bercirikan anti bakteria dan anti oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan SISTEM IMUN badan yang lebih mantap dan kuat in shaa ALLAH.
2. TUMBESARAN
Melalui gabungan makanan sunnah & makanan terpilih seperti bayam, badam dan pegaga, Qaseh Gold Junior membekalkan kandungan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Nutrien-nutrien ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong TUMBESARAN yang lebih sihat dan kuat.
4. SISTEM IMUN
Anak-anak sering tidak mendapat SERAT yang mencukupi dalam menu seharian. Akibatnya, masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan serta larut daripada kurma serta prebiotic semulajadi iaitu gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit.

 


Stokis Qaseh Gold JuniorQASEH GOLD JUNIOR: DIPERKAYA DENGAN BADAM, BAYAM, DAN KISMIS

Kandungan Herba Deskripsi Umum
Kurma

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

Madu

Dalam surah Al-Nahlu ayat 69 ALLAH telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong system tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & menguatkan tenaga! Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan system imun.

Kismis

Kismis membekalkan tenaga & meningkatkan keupayaan minda! Bercirikan anti bakteria & anti oksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan. Mengandungi mineral yang melindungi gigi & mata serta menguatkan tulang.

Delima

Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan ‘merah bak delima merekah’! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancer ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

Zaitun

Minyak zaitun cukup popular di Negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik! Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

Badam

Badam termasuk dalam keluarga kekacang. Mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda & meningkatkan stamina tubuh! Kaya dengan protin, vitamin E & mineral seperti kalsium, magnesium, potassium & zat besi serta anti oksidan flavonoid untuk menyokong kesihatan yang baik.

Air Zam-Zam

Air yang penuh dengan keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat meningkatkan system imun tubuh.

Gam Arab (Manna)

Juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut. Merupakan prebiotic semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

Za’faran

Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan! Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.

Garam Bukit

Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki system pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolic, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektolit yang hilang.

Habbatus Sauda’

Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadisyang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan Habbatus Sauda’ sebagai penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati. Kajian menunjukkan habbatus sauda’ berupaya meningkatkan system imun & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti bakteria, anti histamine, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronchitis, eczema, alahan & batuk.

Bayam

Adakah kita masih ingat tentang kartun Popeye yang menjadi kuat setiap kali memakan bayam? Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan! Mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan system imun. Kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk pembentukan tulang & gigi yang kuat.

Pegaga

Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manfaat kesihatan! Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & imsomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mencergaskan tubuh.

Stokis Qaseh Gold Junior


6 MASALAH UMUM ANAK-ANAK

  1. MUDAH DIJANGKITI
  2. SEMBELIT
  3. GASTRIK
  4. KURANG PENUMPUAN/FOKUS
  5. ASMA
  6. TIDAK CUKUP ZAT

Additional information

Weight 0.8 kg