Qaseh Gold Gojes | 16 Maklumat Penting Tentang Gojes by Qaseh Gold Yang Anda Perlu Tahu

1) Apa itu Gojes by Qaseh Gold?

Gojes by Qaseh Gold adalah makanan kesihatan dan kecantikan terbaik  yang berasaskan makanan Sunnah ekslusif seperti kurma, madu dan delima. Gojes dihasilkan untuk anda yang mementingkan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran secara semulajadi. Gojes by Qaseh Gold dihasilkan melalui proses pengilangan Islamik bersandarkan Barakah Praktis yang semestinya disahkan HALAL oleh JAKIM.

2) Apakah ramuan yang terdapat di dalam Gojes by Qaseh Gold?

Gojes by Qaseh Gold dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan istimewa seperti:

  • Madu
  • Kurma
  • Delima
  • Garam Bukit
  • Argan
  • Teratai Salju
  • Bunga Sakura
  • Buah Ceri
  • Kolagen Marin
  • Cuka Kurma
  • Astaxanthin

3) Bolehkah Gojes by Qaseh Gold boleh membantu masalah kulit?

Ya, boleh insyaAllah. Qaseh Gold Gojes boleh memberi kelembapan serta menyerlahkan keanjalan kulit anda. Disamping itu ia dapat menyerlahkan lagi warna ‘pinkish’ pada kulit anda dan menyerikan wajah serta membantu menyelesaikan masalah kulit seperti:

  • kulit kusam
  • kulit kering
  • warna kulit tidak sekata
  • parut pada wajah
  • jeragat
  • kulit berkedut
  • strech mark
  • jerawat

4) Golongan mana yang sesuai mengamalkan Gojes by Qaseh Gold?

Gojes by Qaseh Gold boleh dimakan oleh wanita dan lelaki berumur 15 tahun keatas. Ya betul. Lelaki pun boleh amalkan Gojes!

5) Bolehkah ibu mengandung makan Gojes by Qaseh Gold?

Ibu mengandung tidak digalakkan kerana terdapat cuka kurma di dalamnya yang dibimbangi boleh memberi kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

6) Saya masih menyusukan bayi. Bolehkah ambil Gojes by Qaseh Gold?

Boleh. Ibu yang menyusukan bayi boleh mengamalkan Gojes by Qaseh Gold yang dapat membantu mengembalikan seri wajah selepas bersalin, melawaskan perut, membuang toksin dan menyokong penyusuan susu ibu. Testimoni Gojes membantu penyusuan susu ibu ada di bawah.

7) Bolehkan penghidap gastrik makan Gojes by Qaseh Gold ini?

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik, disarankan mengambilnya 45 minit selepas makan.

8) Wanita yang sedang period/haid, berusaha untuk hamil, ibu menyusu atau sedang berpantang bolehkah mengamalkan Gojes by Qaseh Gold?

Ya. Boleh mengamalkannya. InsyaAllah, membantu memberikan tenaga yang sangat diperlukan semasa tempoh mencabar ini.

9) Boleh amalkan Gojes by Gold untuk kurus?

Gojes ada cuka kurma yang dapat membantu membuang sisa toksin dan mempercepatkan pembakaran lemak. Insyallah, dengan amalan konsisten anda boleh kurus dengan Gojes.

10) Adakah Gojes by Qaseh Gold mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Kesemua produk rangkaian Qaseh Gold diklasifikasikan sebagai MAKANAN bukannya ubatan, jadi tidak perlu KKM. Melalui ujian makmal, Gojes by Qaseh Gold disahkan tidak mengandungi logam berat merbahaya seperti plumbum, merkuri atau arsenik. Anda boleh amalkan Gojes tanpa was-was.

11) Siapakah pengeluar Gojes by Qaseh Gold?

Gojes by Qaseh Gold dikeluarkan oleh syarikat Ana Edar SdnBhd yang sudah lebih 33 tahun berpengalaman dalam penghasilan produk formulasi makanan sunnah dan kecantikan seperti Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan pelbagai lagi produk bermutu. Syarikat Ana Edar sangat mementingkan produk yang halal, suci, selamat dan berkualiti untuk kegunaan anda.

12) Siapakah pengedar sah Gojes by Qaseh Gold?

Solaris Qaseh Network Sdn Bhd (SQN) dan semua stokis & rakan niaga SQN merupakan pengedar sah Gojes by Qaseh Gold dan juga lain-lain produk Qaseh Gold iaitu Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda, Qaseh Gold Premier dan Qaseh Gold Junior.

13) Adakah Gojes by Qaseh Gold ini berkesan?

InsyaAllah. Amalkan secara istiqamah, Gojes by Qaseh Gold dapat memberikan kesan positif kepada anda dan keluarga.

14) Bagaimanakah cara pengambilan Gojes by Qaseh Gold?

Anda yang sudah berusia melebihi 40 tahun atau jika ada budget, boleh makan maksimum 2 sachet sehari iaitu 1 sachet pagi sebelum sarapan dan 1 sachet malam sebelum tidur. Pastikan anda minum air secukupnya supaya tubuh anda dapat memproses dan menyerap nutrisi pada tahap optimum. Jumlah air yang anda perlu minum sehari boleh dikira seperti berikut:

Satu liter air adalah untuk setiap 25 kg berat badan. Contohnya, berat badan anda ialah 65 kg, maka pengiraannya ialah:

25 kg= 1 liter
65kg ÷25kg =2.6 liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 2.6 liter sehari.

15) Bolehkan saya makan hanya 1 sachet sehari?

Boleh. Anda disarankan makan pada waktu malam sebelum tidur (waktu alpha) supaya khasiatnya dapat diserap oleh badan secara optimum semasa tidur. Jangan lupa minum banyak air.

16) Berapakah harga Gojes by Qaseh Gold dan bagaimana saya boleh membelinya?

HARGA RM140.00/kotak (20 sachet). Anda boleh beli secara online di kedai kami QASEHSHOP.COM atau melalui mana-mana STOKIS SQN dan juga RAKAN NIAGA SQN berhampiran anda. SMS/Whatsapp/Telegram saya Ros 016-888 6740 jika ada sebarang pertanyaan.

1 Comment

  • Roslinda rashid says:

    Assalammualaikum…saya ada pasaran untuk.product kesihatan kanak kanak..please wsp saya 010 2299 9637

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *