Qaseh Gold Junior | Ramuan Qaseh Junior – Khasiat Kurma Dalam Qaseh Gold Junior

Kurma adalah salah satu buah istimewa yang disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran! Kurma juga adalah merupakan makanan pilihan Rasulullah saw kerana mengandungi khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia.

Sabda Rasulullah SAW…“Sesungguhnya terdapat satu pokok, barakahnya seperti barakah seorang muslim.Ia adalah pohon kurma.” (Shahih Al-Bukhari)

“Sesiapa yang bersarapan (makan pagi) dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.” (Sunan Abi Daud)

Qaseh Gold Junior - Khasiat Kurma Dalam Qaseh Junior

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai khasiat makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat 2-4% manakala kandungan gulanya 50-57% glukosa.

Kandungan gula di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang boleh diserap oleh badan dengan serta merta.

Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir pula mengandungi sukrosa. Gula fruktosa dan sukrosa tidak boleh diserap terus oleh badan. Ia terpaksa dipecahkan dulu oleh enzim untuk menjadi glukosa supaya boleh diserap oleh badan sebagai tenaga.

Amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. (Dr Suriya Osman)

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.(Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia)

Khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. (Kajian Ahli Sains Mesir)

Qaseh Junior menggunakan pes (puri) kurma asli yang memastikan anak anda mendapat semua kebaikan buah kurma yang merupakan sumber tenaga segera, mineral dan vitamin semulajadi. Qaseh Gold Junior memberikan rasa buah asli yang segar. Anak anda pasti suka Qaseh Junior!