Qaseh Gold Junior | Ramuan Qaseh Junior – Khasiat Madu Dalam Qaseh Gold Junior

Madu adalah penawar istimewa semulajadi untuk pelbagai penyakit yang disebut 2 kali di dalam Al-Quran! Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit di dalam Al-Quran.

Rasulullah SAW juga berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW..Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu. (Riwayat Bukhari)Kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut.

Qaseh Gold Junior - Khasiat Madu Dalam Qaseh

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran. (Riwayat Ibnu Majah)

Madu sememangnya telah terbukti secara saintifik kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Madu juga terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga!

Madu lebah adalah penawar sepanjang zaman. Tabib Mesir dan Yunani purba menggunakan madu untuk membantu dalam proses penyembuhan luka dan masalah penghadaman atau masalah perut. Madu juga dapat mengurangkan lendir, membuka ruang pernafasan dan membantu mengawal serangan bagi pesakit asma.

Cendekiawan Muslim Ibnu Sina pernah memberikan beberapa preskripsi rawatan penyakit daripada madu dan sarang lebah yang tercatat dalam bukunya yang masyhur iaitu Qanun fi at-Tibb.

Kandungan utama madu ialah karbohidrat dalam bentuk fruktosa dan glukosa, 20% air, vitamin, mineral, asid amino bebas dan enzim. Madu adalah kaya anti oksidan dan mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan B12 yang membantu perkembangan saraf dan otak.

Qaseh Gold Junior mengandungi madu yang bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus dan dapat menguatkan sistem imun tubuh dan mencerdaskan minda anak anda.

Qaseh Gold Junior selamat diberikan kepada bayi kerana madu di dalamnya telah melalui kawalan kualiti khusus bagi memastikan ianya bebas spora Clostridium yang berisiko menyebabkan botulism.