Tips Kesihatan | Masih Muda Tapi Mati Sebab Sakit Jantung

Umur masih muda jadi enjoy!! Tunggu.Usia muda tidak bermakna kematian lambat lagi.

Jangan gembira sangat kalau umur anda masih muda. Macam-macam penyakit yang dulunya hanya menyerang orang berusia lanjut kini menyerang jugak orang muda.

Contohnya penyakit jantung. Mengikut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM, 20% pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah!

Ramai yang tidak sedar mereka ada penyakit jantung sehinggalah diserang gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung.

Sakit Jantung

Banyak kes jantung menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.

  • 2009 – Ustaz Asri Rabbani, 40 meninggal dunia akibat penyakit jantung
  • 2011 – Pelakon popular, Mohd Faisal Yusup, 33 mati akibat penyakit jantung.

Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua atau penyakit orang kaya banyak duit saja. Penyakit jantung ni sudah suka pada orang muda terutama yang kurang bersenam, hati tak tenang, hidup penuh tekanan dan kemarahan.

Hasil kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri pesakit jantung adalah lelaki.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Simptom Serangan Sakit Jantung

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing
  • Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Hmm… kalau anda ada tanda-tanda yang disebutkan, jangan berlengah untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *