Tips Kesihatan | Penyebab Penyakit Kurang Darah Merah

Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita.

Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).

Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)

  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  • Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga boleh mengganggu penyerapan zat besi – ini akan saya bincangkan lebih lanjut dalam entri yang lain.
  • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.

Anemia - Kurang Darah Merah

Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:

  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
  • Wanita yang mengandung atau menyusu bayi
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  • Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
  • Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon
  • Ibu yang baru melahirkan anak
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan

Penyakit kurang darah merah atau anema kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk.

  • Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kelahiran bayi kurang berat
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *