Tips Kesihatan | Radikal Bebas Yang Jahat!

PROSES OKSIDASI DAN RADIKAL BEBAS

Dalam setiap sel badan kita ada ‘relau’ dipanggil mitochondria. Semasa oksigen digunakan dalam ‘relau’ sel untuk menghasilkan tenaga – RADIKAL BEBAS dihasilkan.

Mitochondria

Radikal bebas ini ada satu elektron tidak berpasangan diluar orbitnya lalu memberikan ia caj elektrik.

Radikal Bebas

Jika radikal bebas ini tidak dineutralkan oleh anti-oksidan, ia akan membiak lebih banyak!

Radikal bebas yang semakin banyak akan merosakkan dinding sel, dinding pembuluh darah, protein, lemak dan juga nucleus DNA sel kita!!!

Radikal bebas adalah sangat jahat!!!

Tindakbalas radikal bebas macam tempat pendiang api. Pada kebanyakan masa api terbakar dengan elok tapi kadang-kadang berlaku percikan api yang jatuh atas karpet.

Setiap kali ia jatuh atas karpet, akan menyebabkan karpet berlubang. Jika percikan api berlaku berbulan-bulan, tahun demi tahun – karpet akan berlubang teruk macam digigit tikus.

Pendiang api umpama relau sel (mitochondria), bara api umpama caj radikal bebas dan karpet umpama badan kita.

Mana-mana bahagian badan yang lebih banyak dapat kerosakan akibat radikal bebas akan mudah diserang penyakit kronik.

Pertahankan badan kita dari serangan radikal bebas dengan anti-oksidan!

Anti-oksidan bertindak seperti perisai yang menghalang percikan bara api dari mengenai karpet. Bersama-sama dengan nutrient tambahan, anti-oksidan boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan badan kita.

Kebanyakan anti-oksidan datang dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi disebabkan kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan, proses tuaian hijau, proses simpanan sejuk-beku dan penyediaan makanan tidak betul – menyebabkan keperluan anti-oksidan kita tidak mencukupi!

Jadi kita perlu dapatkan anti-oksidan tambahan dari vitamin tambahan yang berkualiti tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *